Latar Belakang Perniagaan

PEMILIK KICAP DAN SOS IKMAL, EN. MOHAMAD


 Serba ringkas mengenai kicap keluaran kami:
Di tubuhkan pada 3hb Jun 2008 atas timbulnya kesedaran tentang pentingnya makanan halal di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar ini. Pengasasnya, Encik Mohamad bin Yasin merupakan seorang yang berpengalaman dalam proses pembuatan kicap. Sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai QA/QC Executive untuk Kilang Kicap Kong Guan @ cap 2 unta. Selain itu, beliau juga pernah bekerja sebagai Production Engineer di sebuah syarikat Jepun di Perai.
Berpengalaman dalam urusan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point), GMP (Good Manufacturing Practise) serta pernah mengendalikan secara langsung dalam urusan memperolehi sijil halal untuk Kilang Kicap 2 unta dan Kilang Teh 888).
Pada asasnya tujuan penubuhannya adalah untuk membekalkan pati kacang soya mentah (sebelum di proses membuat kicap mengikut kehendak masing-masing) kepada pengusaha kicap Melayu yang sedia ada. Dalam menghasilkan pati kacang soya, kacang soya di peram lebih dari 3 bulan tanpa menggunakan bahan kimia untuk mempercepatkan proses pemeraman/penapaian @ fermentation. Ia hanya menggunakan bantuan ragi kicap yang dibeli dari MARDI. Apa yang lebih penting kami tidak menggunakan serbuk perasa Ajinomoto (TANPA MSG – Monosodiumglutamate) untuk menambahkan perisa kicap.