Di
tubuhkan pada 3hb Jun 2008 atas timbulnya kesedaran tentang pentingnya
makanan halal di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar ini.
Pengasasnya, Encik Mohamad bin Yasin merupakan seorang yang
berpengalaman dalam proses pembuatan kicap. Sebelum ini beliau pernah
bekerja sebagai QA/QC Executive untuk Kilang Kicap Kong Guan @ cap 2
unta. Selain itu, beliau juga pernah bekerja sebagai Production Engineer
di sebuah syarikat Jepun di Perai.
Berpengalaman dalam urusan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point), GMP (Good Manufacturing Practise) serta pernah mengendalikan secara langsung dalam urusan memperolehi sijil halal untuk Kilang Kicap 2 unta dan Kilang Teh 888).
Pada
asasnya tujuan penubuhannya adalah untuk membekalkan pati kacang soya
mentah (sebelum di proses membuat kicap mengikut kehendak masing-masing)
kepada pengusaha kicap Melayu yang sedia ada. Dalam menghasilkan pati
kacang soya, kacang soya di peram lebih dari 3 bulan tanpa menggunakan
bahan kimia untuk mempercepatkan proses pemeraman/penapaian @
fermentation. Ia hanya menggunakan bantuan ragi kicap yang dibeli dari
MARDI. Apa yang lebih penting kami tidak menggunakan serbuk perasa Ajinomoto (TANPA MSG – Monosodiumglutamate) untuk menambahkan perisa kicap.